3 Pemain Liga Malaysia Bakal Rancakkan Liga 1 Indonesia?
Asia Tenggara
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Kelibat tiga pemain Liga Malaysia dikhabarkan berada dalam radar beberapa kelab Liga 1 Indonesia yang serius mahu memantapkan pasukan menjelang sepak mula musim baharu.

Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa pemain Malaysia dan juga yang beraksi di Liga Super sedang dirisik oleh beberapa kelab di sana.

Advertisements

Perkhabaran ini juga merupakan satu perkembangan yang positif buat pemain tempatan dalam usaha untuk melebarkan sayap beraksi di luar negara.

Berikut merupakan beberapa pemain yang dikaitkan beraksi di Liga 1 Indonesia:

Advertisements
  1. Manuel Hidalgo

Pemain sayap Kedah Darul Aman ini mengakui bahawa beliau ada mendengar khabar yang mengaitkan beliau ke Liga 1 Indonesia.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

Advertisements

Bintang bertubuh kecil berusia 24 tahun ini merupakan antara tunjang utama di bawah kendalian Nafuzi Zain musim ini.

Beliau telah beraksi sebanyak 12 perlawanan dengan mencatat 3 gol dan 5 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Hidalgo bagaimanapun menepis dakwaan tersebut sambil menegaskan bahawa fokusnya adalah untuk terus membantu Sang Kenari musim ini.

2. Sergio Aguero

Advertisements

Pemain naturalisasi negara ini menikmati musim cemerlang bersama Sri Pahang apabila mereka hanya tewas sekali sahaja kepada JDT musim ini.

Beliau memainkan peranan yang cukup penting apabila memacu jentera Tok Gajah yang kini bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Super.

Advertisements

Pemain berusia 29 tahun itu sudah pun menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol selepas dibelenggu kecederaan pada awal musim.

Beliau difahamkan telah menarik minat tiga kelab Liga 1 Indonesia iaitu Persija Jakarta, Persib Bandung dan Persikabo.

Advertisements

3. Safawi Rasid

Pemain sayap sensasi JDT ini telah pun dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC sehingga membantu mereka mengakhiri saingan di tempat ke-8 liga.

Advertisements

Beliau bagaimanapun telah berjaya meraih minit permainan yang cukup berharga apabila beraksi hampir 15 perlawanan di sana dan menjaringkan satu gol selain merekodkan satu bantuan gol.

Kelibat pemain kelahiran Terengganu itu bagaimanapun menjadi bualan para peminat di sana apabila nama beliau meniti di bibir penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya di sana.

Advertisements

Kesimpulan:

Kelibat pemain Malaysia dilihat semakin berpotensi untuk terus mendapat tempat dalam liga di rantau Asia Tenggara sekaligus mengembangkan lagi bakat pemain tempatan.

Advertisements

News Comments Account