3 Penyerang Berbilang Bangsa Jadi Taruhan PJ City Untuk Saingan Musim Ini
Dunia
PJ City
Advertisements

Walaupun tanpa pemain import dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga tempatan, PJ City berjaya menamatkan kedudukan Liga Super musim lepas di tempat ke-7 dari 12 pasukan yang bertanding. Musim ini, PJ City mengekalkan prinsip untuk terus menggunakan pemain tempatan tanpa import.

Kehadiran bekas penyerang skuad bawah 23 tahun negara, S Kumaahran dijangka bakal menambah sengat di bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul musim lepas. PJ City hanya menjaringkan 16 gol dari 22 perlawanan di Liga Super.

Pengurus pasukan PJ City, K Rajendran memberitahu gandingan Khyril Muhymeen, R Kogileswaran dan Darren Lok menjadi taruhan buat PJ City untuk musim 2022 ini.

Advertisements

“Kogileswaran, Darren dan Khyril Muhymeen Zambri adalah sandaran kita di bahagian serangan seperti mana musim lalu, selain Mahali Jasuli, yang masih berada pada tahap prestasi terbaik.

“Malah dengan kehadiran Kumaahran, kekuatan bahagian serangan kita bertambah baik kerana bekas pemain JDT yang dipinjamkan kepada Melaka United FC musim lalu itu, antara penyerang tempatan yang berwibawa.

Advertisements

“Daripada siri aksi persahabatan, saya lihat mereka berusaha keras membentuk keserasian yang mantap antara satu sama lain dan ini meyakinkan kita dalam usaha membina kekuatan pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.

Untuk rekod, musim ini merupakan musim kedua buat PJ City menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan tanpa pemain import. Pasukan ini kini dibarisi dengan pemain-pemain dari pelbagai bangsa dan agama. Tanda pagar ‘Yakini Lokal’ akan terus menjadi sandaran mereka untuk menghadapi musim baru kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram