3 Saluran Disediakan Buat Rakyat Malaysia Menonton Aksi Harimau Malaya
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah mengumumkan tiga saluran yang disediakan untuk rakyat Malaysia bagi menonton aksi Harimau Malaya di Piala Asia 2023 Qatar.

Tiga siaran yang disediakan adalah Astro Arena, Sukan TV RTM dan TV Okey. Ketiga-tiga saluran ini menyediakan siaran untuk tiga perlawanan Malaysia di peringkat kumpulan Piala Asia.

Malaysia diletakkan di kumpulan E bersama-sama tiga lagi pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Jordan akan menjadi lawan pertama Harimau Malaya pada 16 Januari.

Advertisements

Manakala di perlawanan kedua, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup aksi kumpulan dengan perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Baru-baru ini Setiausaha Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil iaitu Farhan Zulkeply mengesahkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perlawanan Piala Asia.

“Piala Asia akan disiarkan di RTM bermula 12 Januari 2024”, coret Farhan sambil menyebut akaun Fahmi Fadzil di kapsyen ciapan tersebut.

Advertisements

Pengumuman tiga saluran yang disediakan kepada rakyat Malaysia itu menjelaskan bahawa Kerajaan Malaysia sangat komited dalam memberikan yang terbaik buat penyokong Harimau Malaya.

Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik untuk memberikan impak yang maksima dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar selepas beberapa kemenangan berjaya dicipta sejak kebelakangan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram