3 Senario Dari CAS Menanti Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Tiga senario daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan iaitu Court of Arbitration for Sport – CAS menanti Malaysia.

Kes melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini memasuki fasa akhir dengan nasib tujuh pemain Harimau Malaya bakal diketahui tidak lama lagi.

Ini selepas tujuh pemain ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman penggantungan 12 bulan serta denda selepas didapati bersalah.

Walau bagaimanapun, CAS telah membenarkan penagguhan sementara sekali gus menyaksikan tujuh pemain warisan negara kembali beraksi.

Terdapat tiga senario yang mungkin perlu dihadapi oleh tujuh pemain adalah sekiranya kes ini memihak kepada pemain negara, terdapat peluang besar untuk denda yang diterima oleh para pemain dalat dikurangkan. 

Selain itu, terdapat juga kemungkinan untuk keputusan tidak berubah, sekali gus menyaksikan denda yang dikenakan oleh badan induk bola sepak dunia itu dikekalkan.

“Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan bahawa perbicaraan secara peribadi akan diadakan pada 26 Februari 2026 di ibu pejabat CAS di Lausanne.”

Sebelum ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John Paul menjelaskan bahawa keputusan pembebasan sementara buat tujuh pemain skuad kebangsaan ini untuk kembali beraksi adalah suatu senario yang jarang diperoleh.

“Kalau kita tengok stay ni biasanya susah nak dapat. Stay of execution itu. Okay Provisional measurelah. 

Beliau juga beranggapan bahawa keputusan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pemain untuk mendapat keputusan positif. 

“Jadi ada 50-50 peluang untuk untuk menang. Sebab kita punya pengalaman di AFC, semua kes yang AFC buat keputusan, siapa saja yang bawa ke kas, yang mintak provisional measure, semua kalah. Mereka tak pernah dapat.

“Selama saya jadi Setiausaha Agunglah, daripada 2015, tak pernah ada satu kes pun di mana yang yang tertuduh tu mendapat stay. Ini kali pertama,” ujarnya.

Claim Money Packet TnG