Permata Baharu Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Khabar gembira menanti Harimau Malaya menjelang persiapan aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027.

Pasukan kendalian Peter Cklamovski cemerlang menduduki tangga teratas Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan 15 mata.

Ujian terakhir menanti Harimau Malaya adalah menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam dalam misi untuk ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi.

Persiapan skuad kebangsaan bagaimanapun terarah kepada barisan pemain baharu dengan keputusan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bakal diketahui pada 26 Februari ini.

Malaysia bagaimanapun berpotensi untuk melihat barisan muka baharu iaitu dua tonggak naturalisasi negara, Bergson Da Silva dan Giancarlo Gallifuoco menyarung jersi kebangsaan.

Dua pemain ini dilaporkan sudah memenuhi syarat iaitu tempoh lima tahun di Malaysia, sekali gus berpeluang untuk memperkuat pasukan kebangsaan.

“Bergson da Silva, tampak sudah melengkapkan syarat mendapat status naturalisasi iaitu lima tahun di Malaysia selepas menyertai JDT sejak 3 Feb 2021,” ujar laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi berhubung status dua pemain ini untuk bersama Harimau Malaya.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menundukkan Vietnam pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 dengan keputusan 4-0.

Perlawanan antara Vietnam vs Malaysia dijadual pada 31 Mac 2026 di Stadium Thien Thruong.

Claim Money Packet TnG