Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco dilihat menjadi aset penting sekiranya mendapat panggilan untuk mewakili Harimau Malaya.
Tonggak berusia 33 tahun itu sudah memasuki tahun kelimanya beraksi di Malaysia (sejak 16 Februari 2021) bersama The City Boys dan terus menjadi sandaran utama pasukan.
Desas-desus kuat mengaitkan kehadirannya untuk bersama Harimau Malaya sekali gus membuka peluang buat pertahanan Tottenham Hotspur ini bergandingan bersama tonggak LaLiga, Facundo Garces.
Statistik yang direkodkan oleh laman Sofascore menyaksikan pertahanan tinggi lampai ini menjadi antara pemain paling paling konsisten di Liga Super Malaysia 2025-26 dengan penilaian 7.13 mata.
Beliau dikenali sebagai seorang pemain yang selesa dengan bola di kaki sekali gus seusai dengan falsafah Harimau Malaya. Pemain yang dikenali sebagai GG ini mencatat purata 41 hantara bagi setiap perlawanan dengan 92 peratus ketepatan – tangga kelapan dalam liga musim ini.
Malah, Giancarlo juga boleh menyesuaikan sisten yang berbeza dengan kemampuannya untuk melakukan hantaran jauh untuk memecah benteng lawan. Pada musim ini, beliau merekodkan 3.6 purata hantaran jauh bagi setiap perlawanan – keenam tertinggi dalam liga.
Beliau juga melakukan purata 2.9 kali pengeluaran bola dalam setiap aksi sekali gus membantu penjaga go pasukan, Quincy Kammeraad meraih lima aksi tanpa bolos musim ini.
Kecemerlangan aksinya musim ini membantu KL City untuk muncul pasukan ketiga paling rendah dibolosi (13), hanya di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu tujuh kali dan Kuching City (9).
Ciri-ciri pertahanan elit ini dilihat menjadikannya calon paling sesuai untuk mengemudi benteng pertahanan skuad kebangsaan berdepan pasukan hebat di Asia.
Sebagai rekod, KL City menduduki tangga ketiga dengan 33 mata, dua mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua, Selangor FC.
Malaysia bakal mengharungi aksi terakhir Kumpulan F, berdepan Vietnam di Stadium Thien Thruong pada 31 Mac 2026.