Ads
3 Tonggak Penting Kembali Perkuat JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers

Tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kini kembali memperkuat pasukan menjelang sepak mula Piala FA 2024.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio mencatatkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Super 2024/25 terutamanya ketika membelasah KL City dengan keputusan 5-1.

Advertisements

Persiapan Harimau Selatan kini terarah kepada perlawanan Piala FA apabila bakal bertemu Kelantan Darul Naim di laman sendiri.

Advertisements
Advertisements

JDT yang juga merupakan juara bertahan telah memperlihatkan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama susulan kecederaan pemain tempoh hari.

Khabar gembira menanti Bidoglio apabila tiga tonggak penting JDT iaitu Arif Aiman, Syihan Hazmi dan juga Romel Morales kembali menjalani latihan.

Advertisements

Tiga tonggak penting ini juga terlepas panggil ke kem Harimau Malaya susulan kecederaan yang melanda.

Arif sebelum ini sudah menjalani pemulihan dengan Syihan dan Romel akhirnya dapat kembali bersama pasukan.

Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, kelibat tiga pemain ini sudah muncul ketika sesi latihan JDT.

Persiapan rapi juga sedang dilakukan bagi aksi berikutnya menetang Kelantan DN pada 15 Jun 2024.

Advertisements

Suasana latihan juga kelihatan begitu memberangsangkan dengan skuad besar JDT sentiasa memberikan pilihan tambahan kepada Bidoglio untuk menurunkan kesebelasan terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram