Advertising
4 Beregu Malaysia Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Empat beregu lelaki Malaysia kini menghuni kelompok 20 beregu lelaki terbaik dunia.

Ini berdasarkan kemas kini ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).

Ad

Kedudukan semasa menyaksikan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kini menduduki ranking kedua dunia. Ranking ini turut meletakkan mereka sebagai beregu lelaki nombor satu negara.

Ad

Mereka diikuti oleh bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Aaron-Wooi Yik kini menduduki ranking kelima dunia.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Arif Junaidi-Yap Roy King turut menceriakan kem badminton negara dengan memperbaiki ranking masing-masing.

Ad

Pencapaian bergelar juara Indonesia Masters 2025 membantu Wei Chong-Kai Wun menduduki ranking ke-12 dunia. Arif-Roy King pula menduduki tangga ke-17 selepas mara ke peringkat suku akhir.

Ad

Pencapaian ini juga bakal membakar semangat mereka menjelang saingan Badminton Asia Mixed Team Championship 2025 yang bermula pada Februari ini.

Ad

Kemas kini ranking terbaru BWF juga dilihat khabar baik buat pengendali baharu beregu lelaki Malaysia dari Indonesia, Herry Iman Pierngadi. Herry bakal melapor diri pada Februari ini.