Terengganu FC mencipta kejutan dengan menyumbat empat gol dalam 45 minit untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 menentang Sabah FC.
Aksi ini menyaksikan penolong jurulatih, Badrul Afzan Razali memangku tugas membimbing skuad Peteh. Ini selepas jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner masih menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.
Ketiadaan jurulatih Croatia itu langsung tidak menjejaskan perancangan Terengganu. Malah, pasukan itu kembali diperkuatkan dengan lapan pemain yang pulih daripada jangkitan Covid-19.
Skuad Penyu mendahului seawal minit kelapan menerusi bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott.
Kelebihan tuan rumah terus digandakan pada minit ke-37 menerusi Ismaheel Akinade. Pemain tengah Croatia, Marin Pilj merobek gawang Sabah buat kali ketiga pada minit ke-42.
Akinade memastikan gawang skuad Badak yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat bocor lagi pada minit ke-48. Keputusan 4-0 kekal sehingga rehat separuh masa.
Ketika ini, Terengganu masih lagi selesa mendahului 4-0 di stadium keramat mereka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).