4 Jaguh Malaysia ‘Tapau’ Kelab Indonesia Di Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

4 wakil Malaysia berjaya merekodkan kemenangan sempurna berdepan setiap wakil Indonesia di pentas Piala AFC.

Kemenangan Sabah berdepan wakil Indonesia, PSM Makassar menjadi detik penting buat bola sepak Malaysia selama 11 tahun.

Rekod membuktikan bahawa kemenangan di Stadium Kapten l Wayan Dipta telah membuka lembaran baharu untuk menjadi kemenangan terbesar berdepan kelab Indonesia.

Anak buah Ong Kim Swee beraksi cemerlang selepas dua jaringan Darren Lok, Stuart Wilkin , Gabriel Pires dan Farhan Roslan.

Rekod bermula pada tahun 2012 ketika jaguh Pantai Timur, Kelantan FC membawa cabaran negara dan berpeluang menumpaskan Arema FC dengan keputusan 3-0.

Pencapaian cemerlang ini diteruskan oleh gergasi bola sepak Malaysia, JDT apabila berjaya menumpaskan Persija Jakarta dalam satu aksi peringkst kumpulan Piala AFC 2018 dengan jaringan 3-0.

PSM Makassar yang juga juara Liga 1 Indonesia telah membawa cabaran Indonesia pada tahun 2022 dan 2023 namun tumpas kepada KL City dan Sabah masing-masing dengan jaringan 5-2 dan 5-0.

Sabah berpeluang untuk mengalahkan PSM sekali lagi apabila dijadualkan bertemu pada 14 Disember 2023.