Perlawanan kedua Kumpulan H Piala AFC menyaksikan Sabah FC mudah mengutip tiga mata penuh berdepan PSM Makassar menerusi kemenangan mudah 5-0.
Aksi di Stadium Kapten l Wayan Dipta menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik untuk mencari mata penting.
Sabah memecah kebuntuan pada minit ke-6 apabila hantaran lintang Saddil Ramdani ditanduk masuk oleh penyerang berbisa, Darren Lok.
The Rhinos memiliki dua lagi peluang berharga menerusi rembatan Daniel Ting dan Ramon Machado selang beberapa minit namun tidak membuahkan hasil.
Tuan rumah cuba mengasak namun beberapa peluang terhidang tidak tepat ke sasaran terutamanya tandukan pertahanan tinggi lampai, Yuran Fernandes.
Anak buah Ong Kim Swee menambah jaringan pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Saddil Ramdani ditanduk mudah oleh Darren Loo.
Aksi babak pertama tamat 0-0.
Bersambung babak kedua, Sabah hanya memerlukan satu minit apabila larian deras Saddil gagal disekat sebelum hantarannya mudah disepak masuk Darren Lok untuk gol ketiga pasukan.
Anak didik Bernardo Tavares menerima tamparan hebat apabila penjaga gol pasukan, Reza Pratama dibuang padang setelah menjatuhkan Saddil Ramdani.
Giliran Stuart Wilkin mencatat nama selaku penjaring keempat pasukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-72 sebelum pemain gantian, Farhan Roslan meledak gol pada masa kecederaan.
Tambahan masa tiga minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang memihak kepada Sabah FC.
Kemenangan ini membantu Sabah untuk mendahuli carta Kumpulan H dengan dua kemenangan daripada dua aksi.
Sabah akan ke Vietnam bagi aksi ketiga kumpulan menentang Hai Phong pada 25 Oktober 2023.