4 kelab di Liga Super Malaysia mendapatkan sentuhan penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua.
Skuad Harimau Selatan rancak menambah baik pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan telah mendapatkan 7 pemain.
Antara pemain tumpuan ialah penyerang Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk dari kelab Croatia, HNK Rijeka.
Pesaing terdekat JDT, Selangor FC turut menambah baik jentera serangan apabila mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan.
Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tonggak ketiga dari Jordan bersama Gergasi Merah selepas Reziq Bani Hani dan juga Noor Al-Rawabdeh.
Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC berjaya membawa masuk bekas peledak berbisa Liga Thailand, Nelson Bonilla.
Tonggak berusia 33 tahun itu mengisi kekosongan susulan ketiadaan penyerang Croatia, Ivan Mamut yang mengalami kecederaan jangka panjang.
Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee, Sabah FC mendapatkan pengganti Ramon Machado apabila peledak Brazil, Joao Pedro.
Bekas pemain di Vietnam itu dibawa masuk dengan kontrak 9 bulan untuk membantu jentera serangan The Rhinos.
Perlawanan Liga Super bakal bersambung semula pada 13 September 2024 susulan memberi ruang kepada aksi pasukan kebangsaan.