4 Kelab Malaysia Nak Bawa Pulang Luqman Hakim
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Pemain negara yang kini berkelana di Liga Belgium, Luqman Hakim Shamsudin difahamkan menjadi rebutan beberapa pasukan untuk musim 2023.

Antara kelab yang dikaitkan untuk membawa pulang Luqman ialah Kelantan FC, Perak FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC.

Menurut satu sumber, tawaran dari kelab-kelab itu sememangnya ada namun ianya terpulang kepada Luqman dan majikannya, KV Kortrijk.

Advertisements

Usaha untuk membawa Luqman pulang mungkin kelihatan agak sukar kerana pemain muda berusia 20 tahun itu difahamkan masih mahu kekal beraksi di liga eropah.

“Memang ada kelab Liga M yang berminat terutamanya seperti KL City. Pasukan Selangor pula kita tahu ada hubungan yang baik dengan Luqman, manakala Kelantan pula baru-baru ini ada menyatakan hasrat untuk bawa dia pulang.

“Tapi saya fikir buat masa terdekat ini mungkin Luqman tidak akan pulang kerana dia masih muda dan mungkin akan terus kekal di Belgium hingga kontrak lima tahunnya tamat dulu.

Advertisements

“Atau mungkin juga dia akan berhijrah bermain di negara lain untuk dia mendapatkan peluang bermain dan meraih minit permainan yang banyak,” katanya kepada Arena Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram