4 Lawan Kelas Tinggi Hadapi Tentangan Hebat KL City
Asia Tenggara
KL City FC
Advertisements

Kelab Lembah Klang, KL City FC bakal memberi saingan hebat dalam saingan Shopee Cup musim 2024/25.

Shopee Cup atau nama rasminya ASEAN Club Championship menyaksikan 12 pasukan bersaing bagi menentukan kelab terbaik di rantau Asia Tenggara.

Malaysia diwakili oleh KL City selaku naib juara Piala FA edisi 2023. Sementara naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC menjadi satu lagi wakil negara dalam kejohanan tersebut.

Advertisements

Cabutan undi kumpulan yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam hari ini menyaksikan The City Boys berada dalam Kumpulan B bersama Buriram United, Lion City Sailors dan Cong An Ha Noi (CAHN).

Sementara Borneo FC dan Kaya FC – Iloilo melengkapkan senarai enam pasukan yang berada dalam kumpulan tersebut.

Advertisements

Manakala Terengganu berada dalam Kumpulan A bersama BG Pathum United, PSM Makassar dan Thanh Hoa. Dua pemenang perlawanan play-off akan mengisi baki dua slot kumpulan itu.

KL City dijangka memberi cabaran kepada Kaya, Buriram, LCS dan CAHN. Ini kerana ini peluang terbaik buat naib juara Piala AFC 2022 itu menguji kemampuan dengan empat pasukan itu yang pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Selain itu, pasukan-pasukan ini turut memiliki ramai pemain berkaliber sebagai tonggak utama mereka. Antaranya Dion Cools (Buriram), Nguyen Quang Hai (CAHN), Kaishu Yamazaki (Kaya) dan Bart Ramselaar (LCS).

Perlawanan Buriram-KL City dijangka menarik minat peminat bola sepak negara kerana bukan saja menemukan pemain pertahanan Malaysia, Cools dengan kelab senegara.

Advertisements

Malah, perlawanan itu bakal menyaksikan beliau berhadapan dengan beberapa rakan sepasukan dalam skuad Harimau Malaya seperti Paulo Josue, Brendan Gan dan Azri Ghani.

Kempen Shopee Cup bakal membuka tirainya pada 17 Julai ini

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram