4 Pemain JDT Hampiri Sri Pahang
Dunia
Official Sri Pahang
Advertisements

Empat orang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di Pantai Timur, Sri Pahang FC.

Dalam satu tinjauan di Twitter wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, beberapa ciapannya menyebutkan bahawa empat pemain ini dijangka bakal memperkuat pasukan Tok Gajah.

Tiga orang daripadanya adalah pemain yang beraksi di posisi pertahanan dan seorang lagi beraksi sebagai penjaga gol. Empat pemain tersebut ialah Fadhli Shas, Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq dan penjaga gol berpengalaman, Izham Tarmizi Roslan.

Advertisements

Pasukan Sri Pahang dalam pada itu juga dijangka membawa masuk awang import Terengganu, Kpah Sherman dan penyerang dari Brazil, Lucas Silva Espindola.

Sri Pahang telah memulakan sesi latihan pra musim pada semalam. Mereka memaklumkan bahawa para pemain sudah mula melapor diri untuk hari pertama sesi latihan bagi musim baru Liga Malaysia.

Latihan tersebut dimulakan tanpa kehadiran penuh pemain, dimana ada antaranya yang masih di kem kebangsaan dan selainnya atas faktor urusan peribadi.

Advertisements

Sri Pahang dalam pada itu juga dikatakan bakal memanfaatkan sepenuhnya khidmat pengendali dari Singapura, Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih musim depan. Fandi dilihat sebagai calon terbaik untuk menggalas cabaran Skuad Tok Gajah dalam saingan liga musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram