4 pemain Terengganu kini menjadi pilihan utama untuk membawa nama Malaysia.
Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti telah mengumumkan barisan 26 pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke Pestabola Merdeka 2024.
Terdapat beberapa perubahan terutamanya dengan kepulangan 8 pemain utama memberikan tonik tambahan berdepan Filipina pada 4 September ini.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk menyenaraikan 4 pemain Terengganu untuk membawa nama Malaysia berdepan The Azkals.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah kapten Terengganu, Safawi Rasid bersama tiga lagi pemain iaitu Akhyar Rashid, Azam Azmi dan Safwan Mazlan.
Seorang lagi pemain skuad Peteh, Shahrul Nizam berada dalam senarai bersedia untuk dipanggil.
Malaysia bagaimanapun kekal mempertaruhkan 7 tonggak JDT, 4 tonggak KL City, 3 pemain Sabah dan dua bintang Selangor FC.
Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 iaitu Separuh Akhir menentang Filipina pada Rabu, 4 September 2024, jam 9.00 malam.
Satu lagi perlawanan Separuh Akhir menemukan Lubnan dan Tajikistan pada hari yang sama, jam 4.30 petang.
Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan bertemu di Final pada Ahad, 8 September 2024, jam 9.00 malam.
Dua pasukan yang tewas pada separuh akhir akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Ketiga pada hari sama, jam 4.30 petang.