Para peminat badminton berpeluang untuk menyaksikan aksi jaguh-jaguh dunia di Malaysia Open 2025 menerusi 4 saluran yang disediakan.
Saingan Malaysia Open 2025 bakal menjadi aksi pembuka tirai kejohanan bagi musim kali ini dengan menghimpunkan hampir 100 jaguh badminton dunia untuk merebut gelaran juara.
Kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu bakal menyaksikan 17 wakil negara diketuai oleh pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Walau bagaimanapun, para peminat badminton yang tidak dapat hadir ke venue kejohanan boleh menonton aksi-aksi secara langsung menerusi 4 saluran yang telah disediakan.
Info Siaran Langsung Malaysia Open 2025
Tarikh: 7-12 Januari 2025 (Selasa)
Masa: 9 Pagi
Venue: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Badminton, TV Okey, Sukan RTM & Youtube BWF (perlu diakses bersama VPN).
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.