4 Wakil Malaysia Berpotensi Beraksi Di Asia Musim Hadapan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

4 wakil dari Malaysia berpeluang cerah beraksi di pentas Asia pada musim hadapan susulan kecemerlangan yang ditampilkan dalam saingan Liga Super dan juga pentas Asia tahun ini.

Seperti yang sedia maklum, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bakal beraksi dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan selepas bergelar juara Liga Super.

Malah, sejarah telah pun tercipta apabila pasukan ini berjaya mara ke pusingan kalah mati dan sudah tentu prestasi ini mahu ditingkatkan dalam mengangkat lagi nama kelab dan juga Malaysia di mata Asia.

Advertisements

Dua pasukan lagi turut berpeluang untuk menyinar di pentas Asia dalam kejohanan Piala AFC menerusi penentuan pasukan kedua dan ketiga terbaik di Liga Super.

Persaingan tiga penjuru yang melibatkan Sabah, Terengganu dan juga Negeri Sembilan FC membuktikan bahawa kelab dari Malaysia kini dalam misi serius untuk menempatkan diri selaku wakil bola sepak Malaysia di Asia.

Namun begitu, perjuangan The City Boys tidak boleh dipinggirkan tatkala anak didik Bojan Hodak kini melangkah ke peringkat akhir Piala AFC dan dijadualkan berdepan dengan Al-Seeb dari Oman.

Advertisements

Hal ini bermaksud, Malaysia berpeluang untuk melihat 2 pasukan beraksi di pentas ACL sekiranya KL City berjaya menjadi juara kerana mereka berpeluang untuk mara ke pusingan kelayakan kejohanan tersebut.

Perkembangan positif ini juga bakal memberikan impak yang cukup besar kepada pungutan mata MA Ranking Malaysia untuk terus bersaing dengan negara Asia yang lain.

Malah, ini juga memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh MFL benar-benar membuahkan hasil seterusnya mengangkat lagi kedudukan bola sepak Malaysia di mata Asia. 

Advertisements

Penstrukturan semula liga pada musim hadapan merupakan cetusan idea yang cukup signifikan oleh badan bola sepak Malaysia ini agar pasukan dari Malaysia dapat mengekalkan kualiti ketika bertemu dengan lawan yang lebih kompetitif.

Bukan itu sahaja, revolusi bola sepak JDT amat memberi impak terutamanya dalam meletakkan taraf yang cukup tinggi sekaligus membawa pasukan lain untuk mengikuti perkembangan positif dalam industri bola sepak tanah air ini.

Kini, menurut kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Footy Rankings, Malaysia telah mengumpul 22.005 mata pada tahun 2022 yang membawa kepada mata keseluruhan sebanyak 49.722.

Advertisements

Kejayaan ini juga telah melonjakkan Malaysia untuk memintas kedudukan UAE untuk berada pada kedudukan ke-8 dalam kedudukan negara di Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram