Kehadiran 5 import baharu telah menguntungkan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang melangkah ke pusingan 16 aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
Harimau Selatan menoktahkan kemenangan 5-2 berdepan jaguh Korea, Pohang Steelers dalam satu aksi di Stadium Sultan Ibrahim.
Kejayan yang dikecapi atas padang oleh JDT turut dibantu oleh kehadiran beberapa muka baharu yang dibawa masuk untuk menantapkaj pasukan.
JDT telah mendapatkan khidmat pertahanan kental Sepanyol, Alvaro Gonzalez yang turut mencetak dua jaringan menentang Central Coast Mariners.
Tonggak berusia 35 tahun itu memiliki nilai pasaran mencecah 1 Juta Euro (RM4.63 Juta) dan menjadi pertahanan termahal pasukan ketika ini.
JDT turut menagih sentuhan trio tengah baharu iaitu Jonathan Viera yang menjadi antara salah satu pemain tengah paling bernilai pasukan.
Pemain berusia 29 tahun itu dinilai pada tanda harga 700,000 Euro (RM3.24 Juta) manakala dua lagi pemain iaitu Roque Mesa (RM2.78 Juta) dan juga Anselmo (RM926,000).
Tonggak lain seperti Jese Rodriguez yang menyertai JDT memiliki tanda harga 500,000 (RM2.3 Juta) dan juga Iker Undabarrena setinggi 650,000 (RM3.09 Juta).
Nilai skuad keseluruhan JDT mencecah 14.38 Juta Euro (RM66.58 Juta) dan mengekalkan status selaku pasukan paling bernilai di Asia Tenggara.