5 muka import terus menghiasi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas turun dalam sesi latihan pasukan baru-baru ini.
Skuad Harimau Selatan masih segar dengan kejayaan musim 2024/25 apabila menyapu bersih kesemua trofi domestik buat kali ketiga berturut-turut.
Kejayaan itu diserikan lagi apabila anak buah Hector Bidoglio berjaya mara ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE) namun tumpas di tangan jaguh Thailand, Buriram United.
Persiapan JDT bermula dengan kehadiran ketua jurulatih baharu iaitu Xisco Muñoz yang memiliki pengalaman luas selaku pemain dan jurulatih di Eropah.
JDT juga mengambil peluang untuk memantapkan pasukan menerusi kehadiran beberapa tonggak import baharu termasuklah pemain tempatan iaitu Ibrahim Manusi dari Sri Pahang FC.
Perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers menyaksikan beberapa pemain import sedia ada telah turun untuk menjalani latihan bersama pasukan.
Kelibat pemain seperti Iker Undabarrena, Park Jun-heong, Bergson, Jorge Obregon, Andoni Zubiaurre, Shane Lowry, Juan Muniz, Oscar Arribas dan juga Heberty termasuklah Antonio Clauder selaku muka baharu.
Peledak baharu JDT, Jairo Da Silva turut turun berlatiy bersama Enzo Lombardo yang dilihat sudah pulih daripada kecederaan.
Namun begitu, beberapa pemain lain seperti Jordi Amat, Murilo Henrique, Eddy Israfilov dan lain-lain masih belum kelihatan dalam sesi latihan JDT sekali gus menimbulkan tanda tanya.
JDT memiliki tugas besar musim ini apabila bakal beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACC Shopee Cup bersama satu lagi wakil iaitu Selangor FC.