5 Pemain Dalam Latihan JDT Hadapi Jaguh Scotland, Rangers
MakanBola
Johor Southern Tigers

Lima pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat bersama pasukan di Sepanyol bagi menghadapi aksi pra-musim menentang jaguh Scotland, Rangers.

Pasukan kendalian Xisco Munoz sudah pun berada di Alicante, Sepanyol sejak 14 Julai 2026 bagi mempersiapkan pasukan menghadapi sembilan perlawanan sepanjang kem latihan pra-musim.

Skuad Harimau Selatan yang sudah pun menandatangani pemain baharu seperti Shahab Zahedi, Dejan Petrovic, Kevin Medina dan juga Brad Tapp.

JDT dilihat melakukan persiapan rapi tatkala bakal membawa cabaran negara pada pentas AFC Champions League Elite (ACLE) musim 26/27.

Antara pemain yang menyerikan sesi latihan JDT adalah Syamer Kutty, Matthew Davies, Arif Aiman dan Bergson.

Terdapat juga kelibat pemain tengah, Hong Wan yang sudah pulih daripada kecederaan bersama pasukan termasuk kapten, Natxo Insa menjalani latihan pra-musim di sana. 

Situasi paling menggembirakan peminat JDT adalah apabila melihat sesi latihan itu diserikan oleh penyerang berbisa, Joao Figueiredo dan juga Hector Hevel selaku perancang tengah pasukan.

Aksi antara JDT menentang Rangers dijadual pada Khamis, 16 Julai 2026 di Alcante, Sepanyol.