Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan berdepan 9 lawan handalan dalam tempoh 15 hari di Sepanyol.
Aksi pra-musim JDT bakal bermula minggu ini di Sepanyol dengan kelab-kelab handalan dari benua Eropah serta Asia antaranya Rangers (Scotland), Elche CF (Sepanyol), Al-Ettifaq (Arab Saudi) Qatar SC (Qatar) dan lain-laiagi.
Kesemua 9 lawan JDT di Alicante, Sepanyol ini dijangka bakal memberikan ujian berbeza buat skuad kendalian Xisco Munoz sekali gus menambah baik dari segi aspek kekuatan serta kelemahan skuad Harimau Selatan menjelang musim baharu nanti.
Persiapan dan jarak perlawanan yang singkat bakal menjadi cabaran hebat buat barisan kejurulatihan JDT untuk membentuk gandingan ampuh antara pemain dengan kesemua 9 aksi bakal berlangsung dalam tempoh sekitar 15 hari sahaja.
Sudah tentu dengan pemilihan Sepanyol sebagai destinasi pra-musim bakal memberi satu tonik tambahan buat pasukan JDT bagi terus mempamer aksi hebat pada musim depan, sekali gus mara lebih jauh di pentas domestik dan antarabangsa.
Senarai Pasukan Lawan JDT Di Sepanyol
1- Rangers.
2- Al-Ettifaq.
3- CD Contestano.
4- Elche CF.
5- UD Castellonense.
6- Costa City.
7- Asociacion de Futbolistas Espanoles.
8- Qatar SC.
9- FC Cartagena
Jadual Aksi JDT Di Sepanyol
JDT vs Rangers.
Tarikh: 16 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs Al-Ettifaq.
Tarikh: 19 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs CD Contestano.
Tarikh: 20 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs Elche CF.
Tarikh: 24 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs UD Castellonense.
Tarikh: 25 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs Costa City.
Tarikh: 27 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs Asociacion de Futbolistas Espanoles.
Tarikh: 28 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs Qatar SC.
Tarikh: 30 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol
JDT vs FC Cartagena.
Tarikh: 31 Julai 2026.
Venue: Alicante, Sepanyol