Advertising
5 Pemain ‘Gred A’ Eropah Didakwa Kacukan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
BFC/CCFC/CFC

5 pemain Gred A dari Eropah didakwa berketurunan Malaysia.

Skuad kendalian Pau Marti baru sahaja menamatkan cabaran menentang Laos dengan kemenangan 3-1 di Thailand.

Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1 untuk melonjak satu tangga ke kedudukan 132 dunia.

Ad

Penantian untuk melihat lebih ramai pemain berkelas tinggi mewakili skuad kebangsaan berpotensi menjadi kenyataan selepas terdapat beberapa pemain yang dikhabarkan berketurunan Malaysia.

Ad

Berdasarkan satu senarai yang dikeluarkan oleh laman Frfuturetalents, antara pemain yang didakwa berketurunan Eropah memiliki pertalian darah dengan Malaysia ialah kapten Burnley FC, Josh Browhill.

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi di EFL Championship memiliki nilai pasaran mencecah RM61 Juta.

Ad
Ad

Perancang tengah Chelsea FC, Kiernan Dewsbury-Hall turut dicanang berketurunan Malaysia dan merupakan antara pemain terbaik dalal senarai.

Ad

Tonggak berusia 26 tahun itu beraksi pada posisi tengah The Blues selain dinilai pada tanda harga RM140 Juta.

Pemain sayap lincah Bournemouth FC, Marcus Tavernier merupakan watak serangan yang dikatakan berketurunan Malaysia.

Bintang kelahiran Leeds, England itu antara muka yang berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya dengan tanda harga RM93 Juta.

Malaysia berpotensi memiliki watak pertahanan baharu selepas pemain Coventry FC, Milan Van Ewijk berusia 24 tahun dikhabarkan mempunyai susur galur dengan Malaysia.

Tonggak kelahiran Belanda ini beraksi pada posisi pertahanan kanan dinilai pada tanda harga RM37.4 Juta.

Seorang lagi pemain sensasi yang dicanang mampu untuk memperkuat Malaysia ialah pemain serangan Burnley FC, Zian Flemming.

Pemain pinjaman Milwall ini beraksi selaku pemain tengah menyerang dan juga penyerang utama merupakan pemain produk Akademi Ajax di Belanda.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan calon terbaru untuk memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat tatkala pasukan kebangsaan bakal beraksi di Kelayakan Piala Asia 2027, tahun hadapan.