5 Rekod Pertemuan Terakhir Terengganu vs JDT ‘Berat Sebelah’
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ini 5 rekod pertembungan lalu antara pasukan Terengganu vs Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang sepak mula aksi separuh akhir Piala Malaysia pada Jumaat.

JDT selaku juara bertahan Piala Malaysia terbang ke Pantai Timur dengan membawa rentak positif apabila merekodkan 5 kemenangan berturut-turut selain tidak pernah kalah dalam 7 perlawanan lalu.

Ad

Begitu juga dengan Terengganu yang ketika ini berada dalam momentum terbaik dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 2 keputusan seri dalam 8 aksi terakhir di peringkat domestik dan Asia Tenggara.

Ad

Dalam 5 pertemuan terakhir antara Terengganu vs JDT ini, skuad Harimau Selatan berjaya meraih kemenangan dalam kesemua perlawanan tanpa sebarang keputusan seri serta kekalahan.

Dalam saingan Liga Super pada Julai lalu, anak didik Hector Bidoglio ini cemerlang di laman sendiri apabila menewaskan Terengganu 4-0 hasil hatrik oleh Bergson dan satu gol oleh Heberty.

Ad

Kedua-dua pasukan turut bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu di Bukit Jalil dengan menyaksikan JDT muncul juara setelah menumbangkan Terengganu dengan keputusan 3-1.

Ad

3 lagi kemenangan dalam 5 pertembungan lalu dicapai oleh JDT dalam aksi Liga Super 2023 dan Piala FA 2022 dengan skuad Sang Penyu akur tumpas dengan skor 1-3 dan 2-0.

Ad
Rekod Terengganu JDT 5 Rekod Pertemuan Terakhir Terengganu vs JDT ‘Berat Sebelah’
Sofascore

Kali terakhir Terengganu berjaya menewaskan JDT ketika aksi Liga Super 2021 di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 1-0 hasi jaringan tunggal oleh Hakimi Abdullah.

Mampukah Terengganu ulangi kejayaan pada 2021 atau JDT akan terus melebarkan rekod kemenangan? Sama-sama kita saksikan aksi menarik ini secara langsung di Astro Arena.

Bagi yang berdekatan dengan venue perlawanan, boleh hadir dan meriahkan aksi Terengganu vs JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sepak mula tepat jam 9 malam ini.