8 negara Ocenia memilih untuk tidak bertemu Malaysia pada aksi jendela FIFA Oktober ini.
Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum terbaik apabila menjulang Pestabola Merdeka 2024.
Jaringan tunggal Romel Morales memastikan pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Lubnan di Bukit Jalil.
Perkembangan terbaru oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan kapten pasukan, Dion Cools tidak dapat menyertai kem kebangsaan atas faktor keluarga.
“Pasukan berlepas dengan hanya 26 pemain selepas kapten, Dion Cools terpaksa menarik diri daripada skuad kali ini kerana urusan keluarga.
FAM turut memaklumkan bahawa usaha untuk mencari lawan kedua buat Harimau Malaya tidak berjaya selepas 8 pasukan lain di Ocenia sudah mempunyai perancangan lain.
“FAM cuba mendapatkan perlawanan berdepan antara lapan pasukan Oceania, termasuk Kepulauan Solomon, Fiji, Tahiti, New Caledonia, Vanuatu dan Papua New Guinea.
“Pasukan-pasukan tersebut sudah mempunyai komitmen untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing pada 10, 11 dan 12 Oktober,” jelas FAM dalam satu kenyataan.
Aksi antara Malaysia bertemu New Zealand dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober 2024 di Auckland.