8 Pemain Import Pilih Berjuang Dengan Sabah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Seramai 8 orang pemain Malaysia telah memilih untuk berjuang dengan Sabah menjelang sepak mula musim baharu.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila mengakhiri cabaran Liga Super 2023 di tangga ketiga.

Sungguhpun The Rhinos menghadapi pelbagai kekangan pada akhir musim lalu, sebahagian besar pemain kekal memberi kepercayaan untuk bersama pasukan musim 2024/25.

Advertisements

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada Sabah yang mempertaruhkan seramai 8 orang pemain import bagi musim baharu.

Baru-baru ini, pasukan Lembah Bayu itu membuat pengumuman mengenai kehadiran tonggak baharu pada bahagian pertahanan iaitu Haris Stamboulidis.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun kelahiran Australia ini menyatakan keterujaan untuk kali pertama beraksi di Asia Tenggara bersama Sabah FC.

Seramai 7 pemain import lama kekal bersama pasukan seperti Park Tae-su, Kwang Min-ko dan Gabriel Peres di bahagian pertahanan.

Advertisements

Jentera tengah pasukan pula menyaksikan watak penting seperti Miguel Cifuentes dan Telmo Castanheira terus membawa cabaran pasukan.

Bahagian serangan pula bakal memperlihatkan gandingan Darren Lok bersama dua watak penting Sabah iaitu Saddil Ramdani dan juga Ramon Machado yang turut kekal musim ini.

Advertisements

Liga Super 2023 menyaksikan Sabah merekodkan 17 kemenangan dan menjaringkan 64 gol untuk menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik dua musim berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram