AFC Cup
Azri / MakanBola
Advertisements

Pasukan Liga Super, Sabah FC berisiko kehilangan khidmat pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tunjang utama buat The Rhinos sejak beberapa musim kebelakangan ini dengan khidmatnya menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Dato’ Ong Kim Swee.

Sabah menjalani latihan lebih awal berbanding pasukan lain susulan bakal menempuhi aksi di pentas Asia (Piala AFC) berdepan jaguh Australia, Macarthur FC.

Advertisements

Persiapan akhir pasukan bagaimanapun dilihat terjejas selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir memberitahu bahawa Saddil kini masih dalam proses terapi.

“Semoga cepat sembuh Saddil Ramdani & dipermudahkan segala urusan untuk menjalani terapinya,” ujar Marzuki menerusi satu hantaran di Instagram.

Kedudukan ini menyaksikan Sabah berkemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat pemain Timnas Indonesia ini yang juga disisihkan dari skuad Piala Aaia di Qatar.

Advertisements

Pada musim lalu, Saddil merupakan antara watak penting buat Sabah FC dengan gandingannya bersama Ramon Machado dan Darren Lok berjaya membantu pasukan mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga ke-3.

145CD9AC D4AE 4331 B33C FF1BEF6EBCFD Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani

Aksi Sabah dan Macarthur bakal berlangsung pada 13 Februari 2024 di laman lawan dengan aksi berlangsung tanpa timbal balik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram