Hasrat Besar Ong Kim Swee Tidak Kesampaian
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Hasrat besar yang diminta oleh pengendali Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee dilihat tidak kesampaian.

Bekas pengendali kebangsaan itu sedang melakukan persiapan rapi untuk membantu The Rhinos bagi aksi separuh akhir Zon Asean di Piala AFC.

Sabah berjaya muncul selaku juara kumpulan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan berprestij di Asia.

Advertisements

Menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau memberitahu bahawa harapan besarnya adalah mengadakan dua aksi persahabatan sebelum aksi penting itu.

Beliau sempat menamakan Indonesia dan Thailand sebagai destinasi pilihan susulan aksi Liga Super musim baharu yang belum berlangsung.

Advertisements

“Sekiranya kami (Sabah) ingin bertemu dengan pasukan di Malaysia, mereka masih belum menjalani latihan kerana liga masih belum bermula.”

“Kami terpaksa mencari kelab dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand kerana liga mereka sedang berjalan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Namun begitu, hasrat itu dilihat tidak kesampaian apabila Sabah FC kini bakal terbang ke Australia untuk mengharungi aksi berdepan jaguh Australia, Macarthur FC.

Kim Swee juga mengakui detik pasukan perlu berlatih tanpa pemain kebangsaan sedikit merencatkan perjalanan pasukan bagi persiapan ke Asia.

Advertisements

Kepulangan beberapa tonggak utama yang membawa cabaran negara sudah pasti memberi tonik tambahan buat pasukan untuk melakar satu lagi sejarah buat wakil Malaysia.

Aksi Sabah dan Macarthur akan berlangsung pada 13 Februari 2024 di gelanggang lawan tanpa aksi timbal balik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram