9 Kelab EPL Ke Pentas Eropah
MakanBola
THFC/LFC/NUFC

Tamatnya musim 2024/25 menyaksikan sembilan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) layak ke Eropah pada musim hadapan.

Lapan pasukan tersebut ialah juara liga, Liverpool, Arsenal, Manchester City, Chelsea, Newcastle United, Aston Villa, Nottingham Forest, Crystal Palace dan Tottenham Hotspur.

The Reds, The Gunners, The Citizens, The Blues dan The Magpies layak secara merit ke saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2025/26.

Meskipun Newcastle menduduki tangga kelima, mereka tetap layak kerana EPL diberi slot kelayakan tambahan oleh UEFA. Ini disebabkan prestasi baik kelab-kelab EPL di Eropah pada musim 2023/24.

Ini menyebabkan Villa menjadi pasukan yang layak ke saingan Liga Europa UEFA (UEL) secara merit. Palace mengiringi The Villains ke kejohanan sama selaku juara The Emirates FA Cup.

Selepas menghuni kelompok empat teratas untuk sebahagian besar musim, Forest terpaksa berpuas hati dengan tempat ketujuh. Itu bukan halangan buat mereka layak ke Liga Konferens Europa UEFA (UECL).

Meskipun menamatkan musim di tangga ke-17, penyokong Spurs tetap tersenyum. Ini kerana mereka masih berjaya layak ke UCL musim hadapan.

Ini kerana juara UEL akan layak secara automatik ke UCL musim 2025/26. Tottenham Hotspur layak selepas menewaskan kelab senegara, Manchester United di peringkat akhir di San Mames baru-baru ini.