Jaguh beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur tewas di pentas final BWF World Championship kepada Liang Wei Keng-Wang Chan pada Ahad.
Aksi final BWF World Championship 2026 menyaksikan gelaran juara beregu lelaki menjadi milik jaguh China, Liang Wei Keng-Wang Chan selepas menewaskan wakil Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam masa 35 minit.
Set pertama berlangsung sengit dengan serangan dilancarkan oleh Aaron Chia-Wooi Yik berhasil memerangkap permainan Wei Keng-Wang Chan sehingga berjaya menyamakan kedudukan mata ketika pertengahan aksi.
Walau bagaimanapun, sedikit kealpaan di penghujung seakan menghukum beregu negara tatkala Wei Keng-Wang Chang terus fokus memungut mata sekali gus menamatkan permainan di set pertama dengan kemenangan 21-17.
Usaha keras dipamerkan oleh jaguh negara di set kedua, namun permainan lebih kemas ditonjolkan beregu nombor 3 dunia tersebut hingga memaksa Aaron-Wooi Yik melakukan deretan kesilapan untuk mengutip mata demi mata.
Impian Aaron Chia-Wooi Yik untuk merangkul kejuaraan akhirnya lebur jua apabila Wei Keng-Wang Chan menutup permainan dengan kemenangan 21-16 selepas memanfaatkan kesilapan wakil negara sekali gus diangkat selaku juara dunia.