Dua beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun sah kembali bergabung di atas gelanggang.
Berita ini dikongsikan Shuttlehard menerusi satu hantaran di semua platform rasmi mereka. Kedua-dua regu dijangka kembali bersama selepas selesai kempen Arctic Open 2026.
Saingan Arctic Open menyaksikan Aaron bakal bergandingan dengan Kai Wun. Wooi Yik pula bakal membentuk gandingan bersama Choong Hon Jian.
Wei Chong pula beraksi bersama Arif Junaidi. Rakan gandingan Arif, Yap Roy King pula akan beraksi bersama Aaron Tai.
Gandingan Aaron-Roy King akan dikekalkan sehingga kempen Denmark Open 2026. Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun pula kembali bergandingan untuk menghadapi kejohanan itu.
Berita ini sekali gus mengesahkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei baru-baru ini. Beliau memaklumkan bahawa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu akan kembali beraksi bersama selepas Sukan Asia 2026.
Gandingan Aaron-Wooi Yik kembali mencuri tumpuan peminat badminton negara apabila muncul naib juara dunia di New Delhi, India.