Abang Safawi Rasid tampil bersuara untuk menafikan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pemain sayap kebangsaan itu.
Selepas Safawi terpaksa meninggalkan kem Harimau Malaya di China atas sebab keluarga, hal ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong.
Meskipun pemain sayap Kuching City FC itu sudah menyatakan sebab beliau meninggalkan kem, masih ada pihak yang melemparkan tohmahan yang tidak berasas.
Antara tohmahan yang dilemparkan ialah isu tersebut ada kena-mengena dengan keluarga isteri Safawi, Syifa Melvin.
Situasi ini mendorong abang beliau, Fathi tampil mempertahankan adiknya menerusi satu hantaran ringkas di Threads.
“Aku abang dia, aku ada hal keluarga, kau jangan masuk campur,” katanya. Hantaran tersebut mendapat tanda suka sebanyak 512 kali dan diulang siar sebanyak lima kali.
Ramai pengguna Threads memuji tindakan Fathi kerana tampil mempertahankan maruah Safawi daripada tohmahan yang tidak berasas.


