Advertisements
Abdul Latiff Anggap Peluang Kelantan Menang di Johor Tetap Ada
Dunia
MakanBola

Walaupun berdepan misi sukar, ia belum belum mematahkan semangat para pemain Kelantan untuk cuba bangkit mencatat kemenangan dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia menentang JDT.

Kelantan ketinggalan agregat 0-3 susulan kekalahan di laman sendiri pada Sabtu lalu dan mereka bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan timbal balik, Jumaat ini.

Di atas kertas, perjuangan skuad The Red Warriors boleh disimpulkan sebagai sudah berkubur. Bukan sahaja kerana beza kualiti yang terlalu jauh antara kedua-dua pasukan, tetapi lebih daripada itu banyak faktor lain yang secara mutlaknya berpihak kepada JDT.

Bagi pemain tengah, Abdul Latiff Suhaimi, dia juga sedar perkara tersebut, namun menegaskan tentangan sengit akan diberikan demi maruah pasukan.

“Memang agak mengecewakan dengan kekalahan tempoh hari tetapi kami perlu sedar yang JDT merupakan pasukan yang terbesar di Malaysia dan kami akan cuba sedaya upaya bagi perlawanan timbal balik.

“Mana tahu ada rezeki di sana (Stadium Sultan Ibrahim) nanti walaupun segalanya nampak mustahil untuk kita menang di sana tetapi kami akan cuba sekurang-kurangnya bermain lebih baik dari aksi pertama,” kata pemain versatile itu yang boleh beraksi di pelbagai posisi.

Untuk aksi kedua ini, Kelantan bimbingan Rezal Zambery Yahya dijangka akan sekali lagi turun tanpa kelibat dua pemain import mereka iaitu Nixon Guyherme dan Kelverns Benfort.

Situasi penjaring terbanyak mereka Nursyamil Abdul Ghani pula sama ada diturunkan atau tidak bergantung kepada pemulihan kecederaan dan tahap kecergasannya manakala Jasmir Mehat menjalani penggantungan setelah menerima kad merah dalam aksi di Kota Bharu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mencatat kemenangan besar 4-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia tahun lalu.

Related Articles