Bekas peledak berbisa Liga Malaysia, Abu Kamara difahamkan akan menyertai Terengganu FC.
Pemain berusia 27 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas tidak bersama mana-mana pasukan musim ini.
Peledak kelahiran Liberia itu beraksi buat Kuching City sejak tahun 2022 namun membawa haluan ke UAE bersama kelab terkemuka, Dibba Al-Hisn.
Beliau bagaimanapun hanya bertahan 7 bulan sebelum bergelar ejen bebas.
Khabar angin mula bertiup kencang berkenaan kepulangan Abu Kamara ke Liga Malaysia bersama Kelantan Darul Naim.
Hasrat itu bagaimanapun dikatakan bakal lebur apabila Skuad Peteh dijangka bakal mengumumkan kehadiran pemain tersebut.
Hal ini susulan tular sebuah video yang memaparkan pengumuman kehadiran pemain baharu Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tertera nama Abu Kamara.
Perkongsian oleh penyokong ini membuatkan nama Abu Kamara kembali dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia.
Penyerang berusia 27 tahun itu memiliki rekod baik dalam Liga M bersama Kuching City. Musim 2023 menyaksikan Kamara menyumbat 13 gol dalam 25 untuk The Cats.