Advertisement
ACL: Buriram United Malukan Kelab China
ACL
MakanBola
Buriram United

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Buriram United mempamerkan sentuhan terbaik apabila memperoleh kemenangan bergaya ke atas wakil China, Zheijang.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chang menyaksikan tuan rumah mendahului dengan dua jaringan Lonsona Doumbouya dan Goran Čaušić masing-masing pada minit ke-17 dan 22 permainan.

Causic sekali lagi meletakkan pasukan pada kedudukan selesa dengan tiga gol sebelum pasukan pelawat menjaringkan satu gol menerusi Leonardo pada masa tambahan babak pertama.

Babak pertama tamat dengan jaringan 3-1.

Bersambung babak kedua, Pansa Hemviboon menambah derita buat Zheijang pada minit ke-58 menerusi gol yang cukup cantik.

Usaha pasukan lawan cuba bangkit tidak mampu merobek gawang Buriram United dengan kekebalan Dion Cools mengemudi benteng pertahanan membuahkan hasil.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan.

Buriram United menang dengan keputusan 4-1.

Selepas ini, Buriram United akan berdepan kelab Jepun, Ventforet Kofu pada 4 Oktober 2023 untuk meneruskan rentak cemerlang.