Bangkok United tewas 2-3 ke atas Jeonbuk Hyundai dalam perlawanan terakhir kumpulan F Liga Juara-Juara Asia.
Bangkok United dan Jeonbuk Hyundai masing-masing turun dengan formasi 4-4-2 dalam aksi malam ini bagi meraih 3 mata berharga.
Tidak menunggu lama, Bangkok United membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi Wanchai Jarunongkran.
Jeonbuk Hyundai kemudian berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama hasil jaringan Moon Seon-min.
Memasuki separuh masa kedua, Jeonbuk menggandakan asakan dan berjaya mendahului menerusi Lee Dong-jun pada minit ke-76.
Seakan-akan terkejut dengan jaringan itu, Bangkok United sekali lagi melepaskan gol 2 minit selepas gol kedua Jeonbuk Hyundai.
Lee Dong-jun mudah merobek gawang gol kelab Korea Selatan itu pada minit ke-78 sekaligus merekodkan 2 gol dalam perlawanan ini.
Bangkok United kemudian cuba untuk bangkit dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain tengah, R. Poomchantuek.
Tamat perlawanan, Jeonbuk Hyundai menewaskan Bangkok United 3-2 sekaligus membalas dendam terhadap kekalahan mereka tempoh hari.