ACL: Jeonbuk Hyundai Gah Atasi Cabaran Pohang Steelers
ACL
ACL
Advertisements

Jeonbuk Hyundai meraih kemenangan selesa untuk mengatasi cabaran Pohang Steelers dalam aksi timbal balik pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Jeonbuk Hyundai dibawah kendalian Dan Petrescu turun dengan formasi 4-4-2 manakala Pohang Steelers tampil bermain dengan formasi 3-5-2.

Pemain sayap Jeonbuk, Hernandes Rodrigues membuka tirai jaringan pada minit ke-17 perlawanan setelah menyempurnakan hantaran daripada Lee Dong-Jun.

Advertisements

Pada minit ke-24, Jeonbuk Hyundai terlepas peluang untuk meraih sepakan penalti apabila VAR menarik balik keputusan penalti yang diberikan pada awalnya.

Memasuki babak kedua, Pohang Steelers tampil bermain lebih rancak berbanding babak pertama dalam mencari gol penyamaan.

Namun Jeonbuk sekali lagi berjaya membolosi gawang gol skuad kendalian Park Tae-Ha pada minit ke-64 menerusi jaringan Ahn Hyeon-Beom.

Advertisements

Pohang Steelers mendominasi penguasaan bola sebanyak 63% dan turut melakukan percubaan sebanyak 16 kali namun mereka gagal meraih sebarang gol dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Jeonbuk Hyundai berjaya menewaskan Pohang Steelers dengan jaringan 2-0 dan kini membawa bekal selesa ke Pohang untuk aksi kedua pusingan 16 pada 20 Februari kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram