Ads
ACL
Buriram United

Bek tengah Buriram United dan Harimau Malaya, Dion Cools gagal sekat pasukan J2 League, Ventforet Kofu mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) hari ini.

Advertisements

Ini selepas juara treble dari Thailand itu tunduk 3-2 kepada Kofu dalam aksi terakhir Kumpulan H.

Advertisements

Walaupun mendahului Kumpulan H dengan kelebihan gol, Kofu memerlukan kemenangan hari ini bagi memastikan mereka layak sebagai juara kumpulan.

Advertisements

Advertisements

Selain itu, mereka juga memerlukan bantuan wakil China, Zhejiang FC untuk meraih keputusan seri atau menewaskan Melbourne City.

Pasukan pelawat membuktikan kemenangan mereka ke atas Buriram dahulu mampu diulangi dengan mendahului pada minit ke-24 menerusi Motoki Hasegawa.

Advertisements

Penyerang Nigeria, Peter Utaka menambah derita tuan rumah menerusi dua gol pada minit ke-38 dan 43. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Buriram yang dibimbing Arthur Papas mula memperkemaskan rentak permainan mereka.

Arthit Boonjinda merapatkan jurang tuan rumah pada minit ke-48 selepas menyudahkan hantaran Theerathon Bunmathan.

Kofu makin gelisah apabila Buriram dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit ke-55. Goran Causic tenang menewaskan Kohei Kawata bagi memastikan kedudukan 3-2.

Bimbang ini akan menjejaskan momentum Kofu, jurulatih kelab J2 League itu, Yoshiyuki Shinoda memasukkan Kazushi Mitsuhira dan Sodai Hasukawa bagi menambah ketajaman di bahagian serangan.

Dengan Melbourne dilaporkan mendahului Zhejiang 1-0, Kofu perlu mempertahankan kelebihan gol mereka habis-habisan.

Biarpun tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan, keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan. Itu sudah cukup buat Kofu mencipta sejarah sebagai kelab J2 League pertama layak ke pusingan 16 terbaik ACL.

Advertisements

Sofascore memilih Utaka sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7 mata. Sementara bagi Cools pula, beliau meraih markah 7.0 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram