ACL: Lion City Sailors Malukan Wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai
ACL
MakanBola
Lion City Sailor
Advertisements

Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan dari Singapura, Lion City Sailor dan wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai.

Separuh masa pertama tamat dengan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 dihadapan. Lion City membuka akaun jaringan menerusi ledakan daripada Richairo Zivkovic.

Advertisements

Sementara di babak kedua permainan, Lion City terus garang menambah jaringan apabila berjaya mencatat jaringan kedua. Kelab dari Singapura ini sekali lagi meledak menerusi import berbisa, Richairo Zivkovic.

Dua jaringan Zivkovic memastikan Lion City mengutip tiga mata di laman sendiri. Aksi tamat, Lion City Sailors 2-0 Jeonbuk Hyundai.

Advertisements

Dalam saingan Kumpulan F ketika ini, Bangkok United mengungguli tempat pertama selepas empat perlawanan. Lion City berada di kedudukan ketiga, berkongsi mata dengan Jeonbuk yang berada di tangga kedua, hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Lion City bakal berdepan Bangkok United sementara wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai akan bertemu Kitchee di laman lawan pada 29 November 2023.

News Comments Account