Hasrat wakil Thailand, Port FC menewaskan pasukan dari Indonesia, Persib Bandung dalam aksi peringkat kumpulan AFC Champions Leagues Two (ACL2) tidak kesampaian.
Di babak pertama perlawanan Port FC mendahului aksi dengan keputusan 2-1. Persib Bandung terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-17 permainan menerusi sepakan penalti Ciro Alves.
Seminit selepas itu, Lonsana Doumbouya menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dan meledak sekali lagi pada minit ke-31 permainan untuk gol kedua Port FC.
Bersambung aksi di babak kedua, Port FC melancarkan serangan dalam usaha menjaringkan gol tambahan.
Port FC bagaimanapun terpaksa melupakan hasrat untuk mencatat tiga mata selepas David Da Silva menjadi wira Persib Bandung untuk jaringan penyamaan pada minit ke-90+5.
Jaringan itu menyaksikan Port FC dan Persib Bandung mencatat keputusan seri 2-2.
Dalam saingan Kumpulan F, selepas lima perlawanan Port FC menghuni kedudukan pertama dengan sepuluh mata sementara Persib Bandung di tangga terakhir dengan lima mata.
Port FC bakal berdepan wakil Singapura, Lion City Sailors sementara Persib Bandung akan bertemu Zhejiang pada 5 Disember kelak.