Aksi AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Muangthong United tewas besar kepada Jeonbuk Hyundai Motors.
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan serangan balas pantas menjadi nadi utama pada babak pertama.
Kecemerlangan penjaga gol Muangthong United, P. Khittipong selain beberapa halangan berjaya dilakukan untuk menutup peluang tuan rumah.
Penyerang Muangthong, Emil Roback melepaskan rembatan kencang namun percubaannya tidak cukup untuk diterjemahkan kepada jaringan.
Aksi babak pertama berkesudahan dengan terikat 0-0 buat kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menggandakan usaha terutamanya menerusi serangan menerusi bahagian sisi padang.
Jeonbuk memulakan pesta jaringan apabila meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit masing-masing menerusi Moon Seon-min (50), Lee Yeong-jae (55) dan juga Moon Seon-min (59).
Pasukan pelawat cuba merapatkan jurang menerusi ledakan pemain tengah, Sorawit Phantong pada minit ke-66.
Usaha itu lebur apabila Jin Tae-ho menjaringkan gol keempat Jeonbuk pada minit ke-84 untuk memastikan anak buah Uthai Boonmoh pulang dengan tangan kosong.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Jeonbuk Hyundai kekal mendahului carta Kumpulan H dengan 6 mata selepas dua perlawanan manakala Muangthong di tangga ketiga dengan satu mata.
Selangor bakal bertemu Jeonbuk Hyundai bagi aksi ketiga kumpulan pada 23 Oktober 2024.