Advertisements
ACL2: Jeonbuk Hyundai Tinggalkan Selangor Babak Pertama
ACL
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors FC

Aksi keempat AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Selangor ketinggalan berdepan Jeonbuk Hyundai pada babak pertama.

Skuad kendalian Abdi Hassan turun tanpa empat watak hebat iaitu Yohandry Orozco, Safuwan Baharudin, Noor Al-Rawabdeh dan juga Shahrul Nazeem.

Gergasi Merah mengharungi tentangan getir daripada skuad lawan yang selesa beraksi di laman sendiri.

Selangor turun dengan motivasi terbaik selaku pendahulu kumpulan termasuklah meraih 3 mata menentang anak buah Kim Do-heon ketika beraksi di Stadium MBPJ.

Percubaan pertama Selangor berlaku seawal minit kelima permainan hasil percubaan penyerang berbisa, Ronnie Fernandez.

Jeonbuk Hyundai yang turun dengan membariskan kesebelasan terbaik dengan mengekalkan 8 pemain sambil mempertaruhkan nama seperti Nana Boateng, Lee Seung-woo dan Tiago.

Usaha berterusan Jeonbuk membuahkan hasil apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan kencang penyerang, Tiago Orobo yang tidak dikawal pada minit ke-22.

Tambahan masa satu minit pada babak pertama tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan dengan tuan rumah mendahului satu jaringan.