Advertising
ACL2: Katsuhito Kinoshi Janji Aksi Menarik Selangor vs Muangthong United
MakanBola
Selangor FC

Selangor memiliki misi besar berdepan Muangthong United pada aksi kelima AFC Champions League Two (ACL2).

Gergasi Merah kini menerima sentuhan pengendali Jepun, Katsuhito Kinoshi yang memiliki misi yang cukup mencabar ketika ini.

Ad

Aksi terakhir di bawah kendalian Abdi Hassan menyaksikan Selangor merekodkan kekalahan berdepan Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 1-0 di tempat lawan.

Ad

Beliau bagaimanapun mensasarkan agar anak buahnya dapat tampil dengan aksi agresif untuk melakar kemenangan berdepan wakil Thailand itu bagi mencerahkan peluang ke pusingan berikutnya.

“Saya bangga untuk berjuang dengan pemain Selangor. Kita akan dapat lihat aksi yang baik esok. Mereka menang tiga perlawanan terakhir dan kita perlu memberikan saingan terbaik kepada mereka kerana Muangthong merupakan pasukan yang kuat.

Ad

“Kita tidak kisah tentang sistem yang bakal digunakan oleh lawan. Kami (Selangor) hanya fokus kepada persiapan kami kerana pasukan memiliki ramai pemain berkualiti.

Ad

Jurulatih berusia 60 tahun berpuas hati dengan motivasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain untuk menamatkan rentetan kemenangan Muangthong United.

Ad

“Pemain ada kekuatan untuk bermain dan menunjukkan kemampuan mereka. Motivasi pemain amat baik dan saya sangat berpuas hati. Saya boleh memberi gambaran bahawa akan ada beberapa perubahan dalam kesebelasan utama tetapi kita akan lihat nanti,” tambahnya.

Aksi antara Selangor vs Muangthong United bakal berlangsung pada 28 November jam 8 malam.