Kedudukan Selangor berubah selepas tunduk di tangan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 1-0.
Skuad kendalian Abdi Hassan mengharungi ujian sukar selepas tunduk 3-0 di tangan JDT pada aksi ke-15 Liga Super musim 2024/25.
Perjuangan diteruskan apabila menghadapi Jeonbuk Hyundai dengan menurunkan kesebelasan terbaik ketika beraksi di laman lawan.
Skuad Merah Kuning bagaimanapun tidak berupaya untuk memberikan saingan terbaik kepada tuan rumah apabila tunduk sekaligus terlepas peluang meraih 3 mata.
Kekalahan itu menyaksikan Jeonbuk Hyundai mengambil alih kedudukan Selangor selaku pendahulu kumpulan dengan 9 mata manakala Gergasi Merah di tangga kedua dengan 7 mata.
Wakil Thailand, Muangthong United menghampiri kedudukan tersebut yang merekodkan kemenangan besar 8-2 ke atas DH Cebu dan memungut 5 mata pada kedudukan ketiga Kumpulan H.
Aksi seterusnya menyaksikan Selangor akan melayan kunjungan Muangthong United pada 28 November pada jam 8 malam di Stadium MBPJ.