Advertising
ACL2: Masalah Padang Gugat Persiapan Jeonbuk Hyundai
MakanBola
Selangor FC

Isu padang Stadium Piala Dunia Jeonju menjejaskan persiapan Jeonbuk Hyundai Motors menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Jeonbuk mara ke peringkat suku akhir selepas mengatasi cabaran wakil Thailand, Port FC dengan kemenangan agregat 5-0.

Ad

Pasukan yang dibimbing legenda Chelsea, Gus Poyet itu bakal berdepan Sydney FC di peringkat suku akhir.

Ad

Walau bagaimanapun, Sports Chosun melaporkan Jeonbuk tidak dapat menggunakan Stadium Piala Dunia Jeonju sebagai gelanggang untuk aksi berkenaan.

Ini kerana kualiti padang stadium tersebut dilihat tidak memuaskan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Penilaian tersebut dibuat selepas AFC melakukan tinjauan di Stadium Piala Dunia Jeonju.

Ad

Meskipun pengurusan kelab dan stadium dijangka berusaha menangani isu berkenaan, mereka berdepan kesuntukan masa untuk menyelesaikan isu padang.

Ad

Ini kerana aksi suku akhir pertama ACL2 antara Jeonbuk dan The Sky Blues bakal diadakan pada 6 Mac ini.

Ad

Justeru, satu pilihan buat juara K-League 1 sembilan kali itu ialah Stadium Yongin Mireu sebagai venue alternatif. Ini bermakna Jeonbuk perlu beraksi 155 kilometer dari stadium keramat mereka.

Ini bukan kali pertama Stadium Yongin Mireu digunakan sebagai venue alternatif untuk saingan di peringkat Asia. Sebelum ini, stadium tersebut turut menjadi pilihan Gwangju FC untuk aksi ACLE menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gwangju terpaksa beraksi di Yongin Mireu pada 22 Oktober 2024 susulan isu padang buruk membabitkan stadium mereka, Stadium Bola Sepak Gwangju.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments