Advertising
ACL2: Peluang Tampines Rovers Masih Terbuka, Gah Tundukkan Bangkok United
ACL
MakanBola
Tampines Rovers FC

Bangkok United terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati AFC Champions League Two (ACL2) lebih awal apabila tewas di tangan Tampines Rovers.

Selaku pendahulu kumpulan G, Bangkok United hadir ke Kota Singa untuk berdepan Tampines Rovers yang wajib mencatat kemenangan bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Kesebelasan utama Tampines Rovers ditunjangi oleh tonggak naturalisasi Singapura, Kyoga Nakamura sementara Bangkok United menurunkan penyerang kebangsaan UAE, Muhsen Al Ghassani.

Ad

Perlawanan seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan di sepanjang aksi 45 minit pertama dengan Bangkok United lebih dominan dengan lapan percubaan ke arah kubu tuan rumah.

Walaupun begitu, tiada jaringan terhasil dengan Syazwan Buhari dan Patiwat Khammai tampil cemerlang di pintu gol untuk menafikan peluang pihak lawan sebelum kembali ke bilik persalinan.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Tampines Rovers 0-0 Bangkok United.

Ad

Bersambung babak kedua, jaringan pembukaan akhirnya tiba menerusi rembatan jarak jauh oleh pemain muda, Seia Kunori bagi meletakkan Tampines Rovers di hadapan di minit ke-61.

Peluang terbaik pelawat hadir di minit ke-80 apabila Muhsen Al Ghassani gagal menyudahkan hantaran rakan sepasukan setelah dipintas oleh bek Tampines Rovers, Zlatkovic

Tiga minit masa kecederaan di Stadium Jalan Besar tidak mengubah keputusan 1-0 yang memihak Tampines Rovers.

Keputusan ini menghidupkan peluang Tampines Rovers mara ke aksi kalah mati dengan menghuni tangga ketiga dengan 7 mata, berbeza tiga mata di belakang Bangkok United.

Aksi terakhir kumpulan selepas ini menjadi tumpuan apabila Bangkok United bakal berdepan Nam Dinh di laman sendiri tatkala Tampines Rovers bertemu pasukan tercorot, Lee Man.