Advertisement
ACL2: Selangor Ada ‘Formula’ Kekang Ancaman Muangthong United
ACL
MakanBola
Selangor FC

Selangor memiliki satu perancangan khas untuk kekang ancaman Muangthong United dalam saingan AFC  Champions League Two (ACL2).

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi berada dalam landasan terbaik untuk memastikan tiga mata penuh beraksi di laman sendiri.

Pemain sayap Selangor, Alvin Fortez menyifatkan perlawanan menentang pasukan dari Thailand itu akan menjadi satu perlawanan yang menarik.

Beliau yakin dengan perancangan yang direncana oleh jurulatih baharu itu bakal memberi impak positif kepada pasukan. 

“Kami di sini dengan satu perancangan, saya rasa is akan menjadi satu perlawanan yang sukar, tetapi dengan skuad yang kami ada dengan kualiti yang baik.

“Apa yang telah diterjemahkan oleh jurulatih, saya rasa ia akan menjadi satu perlawanan yang bagus. Kita perlu ambil tiga mata disini,” Kata Alvin Fortez dalam sidang media sebelum perlawanan Selangor FC.

The Red Giants ketika ini berada di tangga kedua kumpulan H mempunyai kelebihan dua mata dengan Muangthong United. 

Selangor memilik peluang untuk melebarkan jurang mata kerana bakal berdepan Muangthong United di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada jam 8 malam esok.