ACLE: JDT Jumpa Al-Ahli Atau Al-Duhail Di Suku Akhir
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bertemu pemenang perlawanan antara Al-Ahli dan Al-Duhail sebagai lawan di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ini selepas cabutan undi pusingan akhir ACLE yang diadakan di AFC House, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pasukan-pasukan yang bersaing dalam ACLE Wilayah Barat akan berentap dalam perlawanan pusingan 16 pada 13 dan 14 April di Bandaraya Sukan Raja Abdullah dan Stadium Bandaraya Sukan Putera Abdullah Al Faisal.

Pemenang aksi tersebut akan menjadi wakil Wilayah Barat di pusingan akhir ACLE. Juara bertahan, Al-Ahli, Al-Hilal, Al-Sadd, Shabab Al-Ahli, Tractor, Al-Duhail, Al-Wahda dan Al-Ittihad merebut empat slot itu.

JDT mara sebagai sebahagian daripada empat pasukan Wilayah Timur. Selain Harimau Selatan, Vissel Kobe, Buriram United dan Machida Zelvia turut membawa cabaran di peringkat suku akhir.

Aksi suku akhir ACLE bakal berlangsung pada 16 hingga 18 April. Ini disusuli aksi separuh akhir dan final yang akan berlangsung pada 20, 21 dan 25 April.

Kesemua aksi pusingan akhir ACLE termasuk aksi suku akhir akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Claim Money Packet TnG