Advertising
ACLE: Jurulatih Central Coast Mariners Ramal Aksi Sukar Bertemu JDT
ACL
MakanBola
A-League

Jurulatih Central Coast Mariners, Mark Jackson menjangkakan pasukan itu berdepan tugas sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selepas enam perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), CCM tersingkir daripada kejohanan dengan baki dua perlawanan.

Ad

Ini selepas juara Piala AFC 2023/24 itu tewas lima kali dan hanya seri sekali dalam kempen ACLE mereka. Ini termasuk kekalahan mengejut 2-1 di tangan wakil Asia Tenggara, Buriram United pada 1 Oktober 2024.

Ad

Kini, CCM bakal berdepan satu lagi jaguh Asia Tenggara, JDT. JDT dianggap lawan sukar oleh Jackson bukan saja kerana pasukan itu mendominasi Liga Super.

Malah, bekas jurulatih Leeds United itu melihat Harimau Selatan memiliki ramai pemain berkualiti dan berpengalaman di peringkat antarabangsa.

Ad

“Kita menjangkakan satu perlawanan yang sukar. Mereka (JDT) mendominasi liga mereka (Liga Super) dan memiliki ramai pemain berkaliber tinggi. Mereka sudah biasa memenangi perlawanan dan menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Jadi, kita menjangkakan aksi sukar tetapi kita sudah membuat persiapan yang bagus. Kita baru pulang dari Perth dan pemain-pemain sudah menjalani pemulihan yang bagus.

Ad

“Kita tahu Johor akan ada kelebihan tetapi kita juga ada kelebihan. Kita tak sabar untuk menghadapi aksi berkenaan.”

CCM menghela nafas lega kerana pemain sayap, Miguel Di Pizio sudah kembali pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Pemain sayap berusia 19 tahun itu kembali beraksi dalam aksi menentang Perth Glory baru-baru ini.

CCM bakal berdepan Harimau Selatan di Gosport pada 11 Februari ini.