Advertising
ACLE: Kad Merah Bantu Shanghai Shenhua Belasah Vissel Kobe
ACL
MakanBola
Vissel Kobe

Aksi saingan Liga Juara-Juara Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Shanghai Shenhua berjaya menewaskan wakil Jepun, Vissel Kobe di laman sendiri. 

Ini merupakan tiga mata penting buat jaguh China ini untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Seawal dua minit permainan, tuan rumah berjaya membuka jaringan menerusi penyerang dari Brazil, Saulo Mineiro. 

Ad

Selang lima minit aksi, penjaga gol Vissel Kobe, Powell Obinna Obi dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan pemain Shanghai Shenhua sekaligus wakil Jepun ini terpaksa beraksi dengan 10 pemain. 

Ad

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, Shanghai Shenhua menambah jaringan kedua menerusi pemain pertahanan, Shinichi Chan.

Shanghai Shenhua terus mengganas di awal separuh masa kedua pada minit ke-48, jaringan ketiga berjaya dihasilkan oleh penyerang, Saulo Mineiro.

Ad

Pada minit ke-70 permainan, penyerang Shanghai Shenhua, Saulo Mineiro melengkapkan hatriknya apabila berjaya menjaringan gol keempat pasukan sekaligus menutup harapan Vissel Kobe untuk kembali bangkit.

Vissel Kobe akhirnya memecahkan kebuntuan gol apabila berjaya menjaringkan gol pertama pasukan menerusi Niina Tominaga pada minit ke-87 permainan. 

Tiga minit sebelum tamat permainan, Vissel Kobe menambah jaringan kedua pasukan menerusi Haruya Ide dengan tandukkan deras menewaskan penjaga gol.

Keputusan tamat dengan keputusan, Shanghai Shenhua 4-2 Vissel Kobe. Kemenangan jaguh China ini masih belum terjamin meskipun menang selesa kerana Shanghai Port dan Shandong masih berbaki satu perlawanan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments